Li Zehua

Li Zehua (Cina: 李泽华, pinyin: Lǐ Zéhuá, lahir 1995) adalah wartawan, penyanyi rap dan selebriti YouTube dari China.Li dilahirkan pada tahun 1995[1] di Pingxiang, Jiangxi.[2] Selepas tamat pengajian dari Universiti Komunikasi China, beliau menyertai China Central Television (CCTV) sebagai penyampai televisyen pada 2016.[1]Semasa pandemik COVID-19 di China, beliau meletak jawatan dari CCTV dan mendapati cara untuk masuk ke Wuhan dengan harapan mengikuti jejak langkah wartawan yang hilang bernama Chen Qiushi.[3] Dengan bantuan orang tempatan, beliau berjaya dapatkan sebuah kereta dan tempat tinggal.[4] Pada hari-hari berikutnya, beliau cuba menggunakan vlog untuk menunjukkan keadaan sebenar di Wuhan.[3] Beliau dikatakan hilang pada 26 Februari 2020,[5] dengan anggapan beliau sudah ditahan oleh pegawai dari Kementerian Keselamatan.[6][7][8][9] Dilaporkan bahawa Li Zehua kembali ke hotel pada 28 Februari.[10] Walau bagaimanapun, menurut National Review, sehingga 19 Mac 2020 "Tidak ada yang pernah dengar dari Li" sejak kehilangan beliau pada 26 Februari 2020.[11]

Rujukan

WikiPedia: Li Zehua http://www.rfi.fr/cn/%E4%B8%AD%E5%9B%BD/20200228-%... https://www.nationalreview.com/magazine/2020/04/06... https://www.ntdtv.com/gb/2020/03/02/a102789651.htm... https://www.sohu.com/a/224024529_100023122 https://www.theguardian.com/world/2020/mar/01/li-z... https://twitter.com/kcrissli https://www.voachinese.com/a/citizen-reporter-li-z... https://weibo.com/u/6011515645 https://www.youtube.com/channel/UCJHUpBCNKrZwBhxfc... https://chinamediaproject.org/2020/02/28/opening-t...